Assalamualikum wr wb
salam sejahtera
Lama betul tak mencoret kat blog nie..dah dekat 2 bulan rasanya...
Dimaklumkan bahawa pangsapuri sri nilam, bandar baru ampang telah selamat disewakan dengan kadar RM450.00 sebulan....minggu lepas dapat surat dari CIMB menyatakan installment dikurangkan daripada RM266.00 kepada RM239.00..dia kata rate BLR baru 5.55..setahu aku dah lama rate BLR nie tapi baru effective ker....so rugilah bulan 9, 10 dan 11 sbb rate baru bermula bulan 12. Sewa bulanan RM450.00 tolak installment RM239.00 tolak maintanence RM47.00 so positif cashflow lebih kurang RM160.00 Ini belum tolak cukai pintu, aku lupa berapa cukai pintu...
Ini seri nilam banyak HOT..aku iklan kat mudah.my jer..bertalu-talu org mau tgk rumah....
Awal bulan hari tu aku ader beli seketul dinar emas public dinar...1 dinar dengan harga RM496.00...hari nie harga beli lebih kurang RM522.00.. aku beli pun bukannya dengan niat nak jual balik..nak bagi fell jer.....
Monday, October 26, 2009
seri nilam selamat disewakan
Posted by
wan zairulakman wan ibrahim
at
7:40 AM
5
comments
Links to this post
Labels: kisah rumah sewa
Tuesday, August 11, 2009
kisah rumah sewa
Salam pembaca blog sekelian....
Pada pagi ini aku ingin ceritakan mengenai rumah Puchong Permata ku...Semalam aderlah sepasang suami isteri tengok rumah dan bersetuju untuk menyewa dengan kadar RM300.00 sebulan..bayangkan aku menang auction pun baru 14/3/2009...dah tiga penyewa dah...
Yang pertama bertahan 2 bulan..keluar sebab dapat kuarters....yang kedua baru keluar minggu lepas..bertahan hanya seminggu...yang nie aku nak cerita panjang cikit..
Pada 31 Julai lepas aku terimalah call daripada sorang cina nak tgk rumah pada 2 Ogos....Dia datang dari Kluang, Johor terus datang KL tgk rumah...nak masuk segere katanya...baru dapat kerja kat Puchong....so pada pagi Ahad itu kami jumpa....bila dah tgk rumah..terus dia nak duduk.....aku pun tanpa ambik deposit terus bagilah kunci...deposit aku ambik bila sain aggrement....pada hari rabu ptg 5 Ogos aku pun emaillah draf aggrement...tup tup malam tu aku dapat sms yang dia nak kuar hujung minggu tu jugak sebab dapat kerja kat Johor balik....tengah aku fikir2 berapa nak caj dia antar sms kata nak bayar sebulan sewa iaitu RM300..aku ingatkan nak caj RM50 jer...dah dia kata macam tu aku diam jerlah
Jadi pada 8 Ogos aku pilah jumpa dia nak collect kunci....dia pun bagilah RM300...aku pun terimalah dengan senyum lebar....malam tadi dapat tenant baru...hari nie dia nak bayar deposit...draf agrement aku dah bagi semalam...
kesemua iklan2 cari penyewa aku letak kat mudah.my jer...malas nak pi tambal-tambal kat bus stop....lagipun kalau aku tampal-tampal nie for sure indon n bangla yang akan call...
sekarang tengah tunggu sifu faris baiki serba sedikit rumah seri nilam...lepas tu aku ingat nak cat dan boleh disewakan dengan kadar RM450.00..bayar bank bulanan RM267.00 + maintanence rasanya RM47.00 sebulan....
aku sekarang nie pun tengah belajar bina laman web..aku ambik domain www.auctionproperty.biz....ok tak...gempak tak....cuma aku tengah godek godek filezilla nie....pening jugak....aku tak reti nak upload kat muka depan laman web....so skrg muka depan kosong jerlah...tengah cari ilmu free kat internet....
Posted by
wan zairulakman wan ibrahim
at
5:56 PM
10
comments
Links to this post
Labels: kisah rumah sewa
Thursday, July 30, 2009
30 Julai 2009
Semalam 30 Julai 2009 aku ambik cuti utk uruskan hal2 pangsapuri seri nilam...cuti pun dah tak byk mana dah nie..tinggal 12 hari lagi...nak cuti raya lagi....kebanyakan cuti tahunan aku dan isteri tahun nie habis disebabkan anak...anak sakit, pengasuh anak mahu cuti atau emergency leave ditambah pulak dengan hal2 rumah lelong 2 bijik nie....cuti tahunan aku 25 hari campur 5 hari yang dibawak dari tahun lepas jadi 35hari...dari bulan jan hingga julai 2009 aku dah ambik 23 hari...byknya cuti..
Semalam aku cuti sbb nak pi MPAJ..nak bayar cukai tafsiran tertunggak..arie tu aku call dia kata lebih kurang RM3K..selepas diprint penyata akaun..rupa2nya RM1,469.83 sehingga terkini tapi aku bayar sehingga Dis 2008 RM1,258.45 sbb nak claim dengan bank.....Lepas bayar aku pun buat urusan tukar nama...isi Borang I (Notis Jualan atau Pindahmilik) sekejap jer siap..dia cuma nak kan POS dan Contract
Selepas tu aku pi Kedai Tenaga Ampang ingat nak tukar nama kat bil elektrik...tapi dia suruh aku pi Kedai Tenaga kat bangunan TH kat Jalan Tun Razak pulak..oleh kerana dah pukul 12 tengahari aku singgah kampung baru dulu..jalan2 cari makan..dah lama tak makan kat kg baru..lepas makan tengahari baru aku pi Kedai Tenaga...ader kejutan dan memamg aku terkejut badak jugaklah....selepas disemak Bil Elektrik tertunggak............................................ ialah......RM1,374.75...fuh byknya...tiada ku duga bil elektrik kegunaan rumah boleh melebihi RM1K.....
didapati owner lama tidak pernah byr bil dari tahun 2004 lagi semenjak dia beli subsale itu rumah.....maintanence tak pernah byr, cukai taksiran tak pernah byr...bil elektrik pun tak pernah byr...ader jugak org mcm nie..kalau aku...kalau dah 6 bulan tertunggak..tido pun tak lena.....malangnya bil elektrik tak boleh claim dengan bank.... tapi aku tak byr lagi...tgh fikir nak buat mcm mana nie....any idea friend....sbb makcik kaunter tu kata kalau nak tukar nama kene langsaikan yg tertunggak dulu.....
kalau aku buat mcm owner lama ok tak....bil semasa elektrik, maintanance dan air, cukai taksiran aku byr bulan2 mcm biasa............... lepas 4,5 tahun aku biar bank lelong rumah nie...ok tak....jadi tak perlulah aku byr bil elektrik tertunggak tu...
pengajarannya sebelum masuk bid satu2 rumah lelong... silalah check....maintance tertunggak, cukai taksiran tertunggak, bil air dan elektrik tertunggak....dan satu lagi sila check caveat kat pejabat tanah...menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudiaan tiada gunanya...jadikan semua nie kemestianya....aku rasa semua yang perlu dicheck boleh dengan hanya buat panggilan telefon kecuali kaveat...kenelah pi pejabat tanah
sekian buat masa ini...
Posted by
wan zairulakman wan ibrahim
at
5:21 PM
2
comments
Links to this post
Wednesday, July 22, 2009
loan apt sri nilam dah didisburse
Dimaklumkan yang loan untuk apt sri nilam aku dah didisburse minggu lepas...ujung minggu nie aku akan pi masuk cuci..tapi ingat bukan pecah masuk tapi siap anak kunci yang akan diberikan oleh ex-owner..selepas menunggu lebih kurang 6 bulan...
bayangkan menang bid pada 3.1.2009....baru minggu nie boleh masuk rumah...
ini disebabkan ex owner tidak memberi kebenaran untuk aku masuk..ex-owner jenis org berpendidikanlah..tahu selok belok law nie....walaupun dia tak duk rumah tu tp rumah sebelah kakak dia duduk...
kauorg bayangkan berapa byk cash aku keluarkan
1. 10% daripada harga menang RM57,000 iaitu RM5,700.00
2. lawyer - 2 org - lebih kurang RM4,000.00
3.mainanence tertunggak - RM3,000.00 lebih kurang
4. maintenance bulan jan hingga sept 2009 - RM1,500.00 perlu dibyr untuk mendptkan kebenaran daripada radiant (undertaking letter)
5. caj lewat kerana telah melebihi 90 hari -RM800.00
6. caj oleh liquadator (radiant) - RM1,050.00 - ini kerana pemaju melombong dan perumahan sdn bhd telah lingkup..jika pemaju tak bankrap caj cuma RM50 (ikut kata lawyer aku)
yang belum aku bayar
7. cukai pintu tertunggak -RM3,000
8. elektrik tertunggak - belum check
bil air tertunggak dah sekali dengan maintanence...
nie tgh pening nak cari RM3,000 nak bayar cukai pintu...nasib baiklah maintanence tertunggak dan cukai pintu tertunggak boleh claim balik dengan bank...
so kawan2 eloklah study dengan teliti dulu sebelum pi bid mana2 rumah...aku nie nasib baik mudah cari PL......kalau tak nanya jugak....
Posted by
wan zairulakman wan ibrahim
at
7:40 AM
7
comments
Links to this post
Thursday, June 18, 2009
lagi property yang aku minat
Disini aku ingin syerkan property yang menjadi target aku.....tp ianya terpulang kepada kemampuan RM jer...nampaknya bukan dalam tahun ini....sedih...
3 Bedroom Apartment
Property Code : PB159372 Auction Price : RM 45,000.00
Land Area (sq.ft) : 650 Auction Date : 20-Jun-09
Tenure : - Restriction : Bumiputra Lot
Location : Unit No. B-07-08, Mutiara Magna Apartment, No. 2, Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100 Kuala Lumpur., KUALA LUMPUR
3-bedroom apartment
3-bedroom apartment
Property Code : PB159141 Auction Price : RM 65,000.00
Land Area (sq.ft) : 650 Auction Date : 20-Jun-09
Tenure : - Restriction :
Location : Unit No. D-12-09, Mutiara Magna (Blok D), No. 2, Jalan Metro 1, Metra Prima, Jalan Kepong, 52100, KUALA LUMPUR
3-bedroom flat
3-bedroom flat
Property Code : PB159569 Auction Price : RM 52,650.00
Land Area (sq.ft) : 650 Auction Date : 26-Jun-09
Tenure : - Restriction : -
Location : Unit No. B-05-37, Tingkat 5, Blok B, Mutiara Magna, No. 2, Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100, KUALA LUMPUR
LOW COST APARTMENT
LOW COST APARTMENT
Property Code : PB160053 Auction Price : RM 50,000.00
Land Area (sq.ft) : 650 Auction Date : 27-Jun-09
Tenure : LEASHOLD Restriction : Bumiputra
Location : UNIT NO.B-11-01, 11TH FLOOR, BLOCK B, PANGSAPURI MUTIARA MAGNA, NO.2, JALAN METRO 1, METRO PRIMA, KEPONG, 52100, KUALA LUMPUR
mengenai pangsapuri mutiara magna ini anda bole cari di post terdahulu...
3 BEDROOM WALK UP LOW COST FLAT
Property Code : PB158861
Location : NO. 5-4-3, KELOMPOK SERI ANGGERIK, JALAN 7/4, SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI, 43650, SELANGOR
Auction Price : RM 45,000.00 Market Value : -
Land Area (sq.ft) : 650
Auction Date : 2009-06-20
Deposit : 5% Tenure : -
Restriction : -
Posted by
wan zairulakman wan ibrahim
at
9:56 PM
3
comments
Links to this post
Saturday, April 18, 2009
18 April 2009
dimaklumkan bahawa flat puchong permata telah selamat disewakan dengan harga RM300 sebulan..aku bagi free penyewa duk bulan ini...sewa hanya bermula bulan depan..sebabnya aku nak suruh dia cuci rumah itu....oklah tu..lagipun tingkat atas sekali..tak der lif pulak..penyewa adalah kelamin yang baru kahwin.....kalau aku buat loan bank adalah dalam RM100 sebulan utk 30 tahun...sewa 300 - loan bank 100 - maintenance 37 ....lebih kurang positif cash flow rm150.00 sebulanlah....tak termasuk cukai pintu sbb aku lupa jumlahnya rasanya dalam rm60 setahun...
minggu lepas aku pi settle cukai pintu tertunggak puchong permata kat mpsj..adalah dalam rm300 lebih....entah berapa tahun tertunggaknya...minggu lepas jugak aku pi settle kan bil air tertunggak dalam rm30...
aku ingatkan air masih ader rupanya dah kena potong oleh syabas...terpaksalah aku keluarkan duit rm300 untuk upah pasang meter air baru..rupa2 air yang ader arie itu air tangki simpanan....
beginilah rumah lelong..byk masalahnya tapi masih berbaloi....
sini ader rumah yang hot jugaklah
flat, 3 bedroom(s)
Property Code : PB151383 Auction Price : RM 60,000.00
Land Area (sq.ft) : 650 Auction Date : 18-Apr-09
Tenure : - Restriction : Bumiputra Lot
Location : B-10-33, 10th Floor, Block B, Mutiara Magna Apartment, No.2, Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100, Kuala Lumpur
Property Code : PB152860 Auction Price : RM 48,000.00
Land Area (sq.ft) : 650 Auction Date : 21-Apr-09
Tenure : Leasehold Restriction : BUMI-LOT
Location : No. B-03-39, Mutiara Magna, No. 2, Jalan Metro 1,Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur., Kuala Lumpur
Property Code : PB153504 Auction Price : RM 65,000.00
Land Area (sq.ft) : 650 Auction Date : 24-Apr-09
Tenure : - Restriction : -
Location : Unit No. B-05-37, Tingkat 5, Blok B, Mutiara Magna, No. 2, Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
flat disini aku pernah duduk pada tahun 2006.....kira honeymoon aku kat flat nie...lepas kahwin jer aku duk sini...blok b tingkat 7 unit no 1..sampailah aku pindah pada bulan januari 2008...sempatlah dapat anak sorang kat flat nie...
time tu aku sewa sebulan rm380 tupun disebabkan tuan rumah merupakan menantu kawan sepejabat aku...skrg rate sewa dalam rm500....maklumlah rumah berdekatan dengan jaya jusco, carrefour, maybank, kedai pun byk..aku pi jaya jusco dengan carrefour pun jalan kaki jeerr....tapi yang nazaknya parking mmg cukup menyeksakan....kebiasaan pada mana2 flat di KL...
Posted by
wan zairulakman wan ibrahim
at
8:14 AM
7
comments
Links to this post
Friday, April 03, 2009
31 mac 2009
salam
alkisahnya pada 31 mac 2009 aku telah mengambil cuti rehat untuk menguruskan beberapa hal mengenai rumah lelong pertama aku (flat sri nilam, bb ampang)...
lebih kurang jam 10 pagi aku keluar rumah menuju ke PJ, nak hantar dokumen loan antara aku dengan CIMB....disana aku menyerahkan semua dokumen loan yang telah aku sain kepada siti, clerk kepada lawyer junny (ram reza & muhammad)...
selepas itu, aku gerak menuju ke bangsar, mencari bangunan mutiara bangsar (radiant consulting asia sdn bhd)..oleh kerana aku telah googlekan peta...tak derlah aku tersesat....sampai sana aku dikehendaki membayar sebanyak rm2,951.20 untuk bil maintenance tertunggak sehingga 31 dis 2008 dan rm1,474.18 untuk administrative charge (rm,1050.00), selebihnya untuk maintenence charge daripada jan hingga ogos 2009.
company radiant ini adalah liquadator kepada pemaju melombong dan perumahan sdn bhd...oleh kerana pemaju flat sri nilam telah bankrap segala urusan pindah milik diserahkan kepada radiant...dimaklumkan fee untuk proses tukar nama membabitkan liquadator ini dalah rm1,050..jika pemaju masih hidup feenya hanyalah rm50.00...
selepas selesai pembayaran dan mendapat resit..aku bergegas ke shah alam..jumpa lawyer yang akan menguruskan pindah milik...disana aku serahkan fotokopi resit daripada radiant tadi....
untuk mereka2 yang ingin membeli rumah lelong aku nasihatkan:
1. lakukan carian pemaju..sama ada masih hidup atau dah mampus..jika dah mampus ia akan melibatkan fee yang mahal dan memakan masa....
2. buat carian maintenance tertunggak....kalau byk cash tak yahlah...atau jika bank nak bayarkan dulu sbb kebiasaannya kita yang akan bayarkan dulu baru redeem daripada bank...
inilah dulu nasihat daripada aku....
lepas dah settle aku pi jenguk2 rumah lelong kedua aku..flat puchong pertama....aku nak selongkar peti surat..arie tu lupa....disana aku dapat surat tunggakan bil elektrik..nasib baik tak banyak RM95.73 sahaja...bil2 elektrik/air tak boleh claim balik dengan bank..
Posted by
wan zairulakman wan ibrahim
at
9:54 PM
7
comments
Links to this post
